25 Jun 2024 (Selasa) | 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat : Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Medini
Sekitar jam 3 petang, MBIP telah melakukan latihan kebakaran bersama 12 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Iskandar Puteri.
Taklimat keselamatan telah disampaikan mengenai langkah awal jika berlaku kebakaran dan cara menyelamatkan diri. Selain itu, anggota bomba juga turut memberi tunjuk ajar memadamkan kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api dan cara memadamkan tong gas dirumah sekiranya berlaku kebocoran gas kepada kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, pengusaha kantin, syarikat pengurusan fasiliti dan orang awam.
Proses pengungsian bangunan (building evacuation) direkodkan untuk melakukan analisis serta dijadikan panduan untuk latihan yang seterusnya. Para pemerhati juga perlu melakukan “headcount” untuk memastikan semua pekerja dapat keluar dengan selamat
Secara keseluruhannya, latihan keselamatan kebakaran merupakan salah satu aspek penting keselamatan dan antara cara terbaik untuk memastikan tempat kerja anda lebih selamat.