LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terletak di Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri. MBIP di ketuai oleh Datuk Bandar YB. Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Iskandar Puteri, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.