MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH) AWARD



Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah berjaya menerima Anugerah Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) ke-39 Kelas Emas II 2021. Anugerah MSOSH ialah satu bentuk pengiktirafan kepada organisasi (kerajaan atau swasta) yang telah mencapai tahap Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (OSH) yang disyorkan atau peningkatan Pengurusan OSH di tempat kerja.

Bagi PBT melaksanakan KKP di tempat kerja bukanlah sesuatu yang mudah, memandangkan skop bidang pentadbiran Majlis yang luas dan skop tugas yang melibatkan hubungan pelbagai pihak. Anugerah MSOSH ini mempunyai standard penilaian yang sangat tinggi di mana kriteria penilaian kebanyakannya berdasarkan prosedur dan piawaian dalam sektor minyak dan gas. Ini adalah kali pertama MBIP menyertai ANUGERAH MSOSH, ia memberi banyak pendedahan dan pengalaman yang sangat berguna.

MBIP merupakan satu-satunya wakil PBT dari Negeri Johor yang menyertai Audit Anugerah MSOSH 2021. Semoga penyertaan ini dapat menyemai lagi semangat MBIP untuk terus berusaha dan aktif dalam penglibatan lebih tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa serta meningkatkan taraf perkhidmatan kepada warga MBIP termasuk aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penyertaan MBIP dalam anugerah ini turut disenaraikan di laman web Malaysian Society For Occupational Safety and Health (MSOSH).





MiSHA MiSHA