Anugerah ini disampaikan oleh YBrs Tuan Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.
Anugerah MiSHA ialah usaha pengiktirafan untuk pelbagai sektor industri yang komited untuk meningkatkan tahap keselamatan, kesihatan dan pengurusan risiko alam sekitar di tempat kerja. Misha memberi tumpuan kepada prinsip pencegahan dan kawalan risiko yang selaras dengan visi kerajaan melalui Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.
