Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mempunyai Tactical Strategic Centre (TSC) yang berpusat di MBIP, Medini. Sebanyak 500 buah kamera litar tertutup akan dipasang di sekitar kawasan MBIP.
Setakat ini, sebanyak 19 buah kamera telah beroperasi. Melalui Tactical Strategic Centre (TSC) pemantauan dijalankan selama 24 jam. Sebarang bencana atau aduan di kawasan MBIP dapat diterima dengan lebih pantas dan tindakan dapat diambil dengan efisien.