Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menjalankan Pemeriksaan tempat kerja secara berkala iaitu tiga bulan sekali. Audit Kendiri ini dijalankan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) induk serta Jawatankuasa Kecil yang telah dilantik di setiap Jabatan dan Unit. Di MBIP, seramai 153 orang telah dilantik menjadi ahli JKK yang berperanan mengikut bahagian.
Kaedah pelaksanaan pemeriksaan tempat kerja adalah dengan menggunakan senarai semak audit yang disediakan melalui sistem QR Code. Laporan Pemeriksaan Tempat Kerja akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Setiap isu dan status pelaksanaan penambahbaikan dibincangkan bersama ahli JKK.