
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Tuan- tuan dan puan -puan, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izinnya dapat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menyertai “MiSHA National Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSHPoP) 2024” untuk kedua kalinya.
Dalam pada masa yang sama, saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Juruaudit Malaysia Industrial Safety and Health Association (MiSHA) yang terlibat dalam usaha MBIP ke arah mendapatkan penganugerahan di dalam “MiSHA National Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSHPoP) 2024” kategori MMA 23 iaitu “MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in Government Sector 2024”.
Melalui penyertaan pihak MBIP di dalam “MiSHA National Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSHPoP) 2024”, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada MBIP berkongsi kaedah menguruskan risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) berlandaskan Sembilan Prinsip Pencegahan KKP (OSHPoP).
Bersesuaian dengan tema bagi tahun ini iaitu “Reimagining OSH”, seperti yang sedia maklum, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2024. Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 ini mewajibkan majikan menganalisis risiko di tempat kerja dan melantik penyelaras keselamatan kesihatan di tempat kerja. Pihak MBIP secara terbuka menyahut seruan tersebut dan berusaha memperkasakan lagi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di MBIP. Selain itu, pihak MBIP turut memberikan komitmen dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan fenomena Perubahan Iklim yang sedang berlaku di seluruh dunia.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang berlangsungnya pengauditan “MiSHA National Excellence Awards on OSH Principle of Prevention (OSHPoP) 2024” dan diharapkan pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi dapat membantu usaha-usaha MBIP kearah perkhidmatan yang lebih cemerlang di samping membudayakan amalan bekerja dengan sihat dan selamat di MBIP.